Home Management Team Professional Services Contact Us  
Telemovies Drama Series Films International TVC & Ads
 



Tema : Keagaman & Kasih Sayang
Genre : Kisah & Tauladan
Arahan : Malek Rahman Fdam
Terbitan : MDAG Production Sdn Bhd
Skrip : Mazalan Manan
Format : Digital
Durasi : 90 minit

Pelakon :
Razali Butong
Kazar
Liza Shadan
Ahmad Raihan
Aqila Malek
Farhan Danish Farid
Farina Nadia Farid
Fadzli Masri

Tok Wan

Sinopsis

Mengisahkan suka duka Tok Wan menghadapi bulan Ramadhan bersama tiga orang cucunya, Izwan, Shahrol dan Elina. Kedua ibu bapa Izwan, Shahrol dan Elina baru saja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Tok Wan terpaksa membawa mereka tinggal bersamanya di kampung.

Dua hari di kampung, mereka mula menjalani ibadah puasa. Memandangkan mereka baru sahaja kehilangan ibu bapa, Tok Wan terpaksa berdepan dengan pelbagai karenah cucu-cucunya sehinggakan pada satu tahap begitu mencabar kewibawaannya sebagai seorang datuk. Sementelahan pula Tok Wan yang merupakan bekas tentera merupakan seorang yang tegas. Bagaimanapun suka duka Tok Wan dikongsi bersama seorang lagi anak Tok Wan iaitu  Aishah yang tinggal berjiran dengan Tok Wan.

Berkat kesabaran Tok Wan dan asuhan Aishah, Izwan, Shahrol dan Elina mula dapat menjalani kehidupan seperti biasa dan begitu menyayangi Tok Wan. Manakala Tok Wan pula mula belajar mempamerkan kasih sayangnya yang selama ini tidak pernah dirasai oleh anak-anak dan cucu-cucunya yang lain.

Back