|
||||||||||||||||||||||
|
Anak Gemilang Sinopsis Drama ini mengisahkan lima orang kanak-kanak berbilang bangsa yang datang dari pelbagai latarbelakang, menghadiri kem motivasi dan bina semangat bersama sekumpulan kanak-kanak yang lain. Perbezaan watak dan latarbelakang menyebabkan mereka berlima agak susah untuk menyesuaikan diri sehinggakan berlaku insiden-insiden yang sedih, humor dan kadangkala tegang, bagaimanapun ianya dapat dikawan oleh Najmie, seorang kanak-kanak yang dianggap berkarisma sebagai pemimpin. Satu hari, ketiga menjalani acara merentas hutan, mereka berlima dan ditemani oleh seorang Penolong Jurulatih telah ternampak satu kes pembunuhan. Ini menyebabkan mereka menjadi orang buruan pembunuh dalam usaha untuk dia menghapuskan saksi kes berkenaan. Ketika menyelamatkan mereka, mereka tersesat dan menempuh pelbagai halangan dan sehingga akhirnya mereka berjaya ditangkap oleh pembunuh berkenaan. Insiden yang berlaku menyebabkan mereka semua menjadi semakin akrab dan saling membantu dalam usaha untuk menyelamatkan diri.
|
||