Home Management Team Professional Services Contact Us  
Telemovies Drama Series Films International TVC & Ads
 



Tema : Nilai Kemanusiaan
Genre : Melodrama
Arahan : Ahmad Ibrahim Fdam
Skrip : Aisu Raziy
Format : Digital
Durasi : 90 minit

Pelakon :
Zamarul Hisham
Zarina Zainuddin
Mas Ayrra
Liza Shadan
Kamal Bakar
Jessie Lim
Aida Othman

Mana Kek Siti

Sinopsis

Mengisahkan Zamri yang bertugas di Unit Pindah Milik Tanah, Pejabat Tanah dan Galian Negeri yang terperangkap dengan masalah ketagihan judi. Akibatnya pretasi kerjanya semakin merosot. Lebih tragis lagi apabila beliau sanggup meminta rasuah dari pelanggan yang berurusan dengannya.

Zamri mempunyai seorang isteri, Mislah yang sedang hamil 7 bulan  dan seorang anak perempuan, Siti yang berusia 5 tahun. Mislah menjaja kuih sebagai pendapatan sampingan. Mereka hidup penuh kasih sayang. Masalah mula timbul apabila Zamri mula terlibat dalam kancah perjudian setelah terpengaruh dan terperangkap dengan permainan licik ejen sindiket perjudian dan juga ceti haram (Along). Kerana kesempitan wang, rakan-rakan menjadi mangsa masalahnya dan semakin melarat apabila terpaksa meminjam daripada ceti haram demi memenuhi ketagihan judinya.

Namun pun begitu dia masih mampu menutup sikap buruknya itu daripada pengetahuan isterinya. Walaupun segala hasil tabungan isteri dan anaknya turut menjadi mangsa Zamri. Namun segala misteri kehilangan barangan di rumahnya akan ada sahaja alasannya. Akibatnya, hidup Zamri tidak keruan apabila pihak Along mula memburunya kerana gagal melunaskan hutang. Kemenangan beberapa kali dan diikuti kekalahan demi kekalahan semasa bermain judi adalah perangkap ejen sindiket yang licik. Lebih menyayat hati apabila permintaan anaknya, Siti untuk menyambut harijadi dengan sebiji kek dicemari dengan insiden penangkapan Zamri oleh Pegawai BPR. Selain Siti terpaksa dirawat di hospital gara-gara bertanyakan di mana kek Siti.

Namun pihak BPR dengan penuh ihsan dan rasa tangunggjawab terhadap masyarakat telah menghadiahkan Siti sebiji kek agar Siti tidak lagi bertanya “MANA KEK SITI”.

Back